Wednesday, February 19, 2014
Azam
Thursday, March 14, 2013
dessert...PUDING ROTI MARBLE..
Bahan-bahan ( satu loyang )
- 4 keping roti
- 2 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat
- 170ml susu cair
- 8gram serbuk agar2
- 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
- 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
- 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
- 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
- Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
- Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
- Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
- Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
- Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
- Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!
Saturday, January 19, 2013
Gugurkah Tanggungjawab Suami Apabila Isteri Bekerja?
GUGURKAH TANGGUNGJAWAB SUAMI APABILA ISTERI BEKERJA
" Satu perkara yang memang telah diketahui umum malah oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah mereka yang bertanyakan soalan ini bahawa seorang suami adalah wajib menanggung segala perbelanjaan isterinya walaupun isterinya bekerja. Masalahnya ialah mereka yang mengetahui kebenaran ini enggan menerima kebenaran tersebut dan mangsanya adalah para isteri yang mengajukan soalan sebegini walaupun jawapannya telah mereka tahu dan hanya inginkan satu kepastian.Islam malah agama lain juga menetapkan bahawa suami adalah sebagai ketua keluarga. Apabila disebut sebagai ketua maka jelas sudah bahawa seorang suami bertanggungjawab atas segalanya. Makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan segala yang terangkum sebagai satu keperluan bagi isteri dan juga satu perkara sampingan tetapi menjadi perkara utama apabila dilakukan demi suami tercinta seperti rawatan kecantikan dan solekan.Malahan, sekiranya suami seorang yang mampu tetapi masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya menanggung segala kos ulang alik si isteri ketika bekerja. Segala pendapatan isteri pula adalah hak mutlak si isteri dan suami sekiranya berkehendakkan hasil pendapatan isteri bagi membantunya menanggung perbelanjaan rumah tangga, adalah dikira sebagai berhutang dengan si isteri. Cuma demi kerukunan rumah tangga malahan di dalam era globalisasi dan ketamadunan yang kian mencabar ini, memang satu bonus dan satu keperluan bagi sesetangah individu untuk si isteri bekerja bagi membantu meringankan tanggungan suami.Membantu meringankan bebanan dan tanggungan suami bukan bererti suami terlepas daripada tanggungjawab. Bagi seorang lelaki yang betul-betul ada harga diri, beliau akan berusaha dengan sedaya upata bagi memenuhi segala keperluan isteri, anak-anak dan keperluan rumah tangga tanpa mengharapkan hasil pendapatan isteri.Ingat lagi kisah seorang suami yang sanggup melakukan kerja sampingan bagi menyara
keluarga walaupun isterinya bekerja. Inilah lelaki sejati yang menghargai isteri.
Namun, berapa ramai lelaki yang sanggup melakukan sedemikian. Kebanyakkan lelaki sekarang ini, duit aku duit aku, duit isteri pun duit aku juga sebab aku ni suami, isteri kene ikut kata aku. Hmmmm.. memang boleh punah kebahagiaan rumah tangga individu sebegini.Menyebut tentang hasil pendapatan isteri, ingin diingatkan para isteri yang bekerja, memang tak salah kita membantu meringankan beban suami tetapi jangan terlalu membiasakan suami kita dibantu sewenangnya. Hasil pendapatan kita adalah hak kita yang mutlak. Kita bebas membelanjakannya sewenangnya hatta nak beli barang kemas selori pun adalah tidak salah.Cuma, secara logiknya, sudah tentulah kita ingin membantu suami kerana suami adalah insan yang kita cintai. Seperti yang ditegaskan, tidak salah membantu tetapi ada batasan. Walaupun tidak semua tetapi kebanyakkanya para suami yang sentiasa ditolong ini akan mudah lupa diri. Rasa bebas bernafas sikit, terus segala tugas yang patutnya dipikul oleh suami telah diserah bulat-bulat kepada isteri.Suami pula, mula pasang strategi nak tubuh “cawangan” terkini. Satu perkara lagi, ingin diingatkan kepada para isteri, jangan sesekali menyerahkan segala hasil pendapatan kita kepada suami. Pendapatan kita itu adalah hak kita sepenuhnya.Sekiranya ingin membantu, berikan sekadar yang perlu sahaja. Biasakan juga menyimpan segala resit perbelanjaan yang kita keluarkan bagi membantu suami menguruskan rumahtangga. Sebabnya, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi di belakang hari. Bukan meminta atau mendoakan tetapi tidak salah kita bersedia menghadapi segala kemungkinan.Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Mungkin kita yakin kasih suami sepanjang hayat tetapi dalam sesaat,segalanya boleh berubah. Kebahagiaan 25 tahun hidup bersama boleh musnah sekelip mata hanya apabila wujud insan ketiga. Ini yang terjadi kepada seorang isteri. Setelah 25 tahun berkongsi dan berkorban segala, akhirnya beliau ditinggalkan sendiri bersama hati yang lara. Hanya anak-anak pengubat duka. Sesal dah tak berguna. Berbanding seorang kawan yang telah beringat-ingat sejak awal, hampir segala lelahnya dibayar apabila segala bukti pengorbananya yang tidak dihargai suami dikemukakan kepada pihak mahkamah. Lantas, beringatlah jangan dah terhantuk baru nak tergadah."
Thursday, January 17, 2013
BZ BERBISNESS...
Sunday, January 13, 2013
lama x update
dah lama rasanye x update...punya la lama sampai lupa user id & password..kelakar betul..puas dh try x boleh jgk..1 cara mcm ne nk cari kena cari dkt email..oleh kerana pc rosak under construction jd kena la tgk guna tab..huhu...
Dah 4 bulan lamanya aku jd surirumah sepenuh masa. Ramai org sekeliling rs hairan kenapa aku berhenti kerja. Eeemm ada la reason nye tu...malas nk cerita..tp aku doakan ex-bos aku berubah lebih professional, jujur, lebih ikhlas dan dilimpahi rezeki yg melimpah ruah...kita kena la doakan yg baik2 kan!!!
Sepanjang jd surirumah...ape aktiviti aku...mcm biasa...mcm surirumah lain juga...mengemas, lipat kain, memasak, hantar dn ambik twin dr sekolah tadika....bila settle br la mengadap fb..movie... Masa mula2 aku berhenti keje aktivi aku utk hiburkan hati....tgk RUNNING MAN...mesti ramai yg tau korean show kan...aku tgk dr episode 1 sehingga la yg latest....deabak....
Ingat tak sebelum ni aku ade cerita pasal business on9....eeeemmmm dh lama aku tggalkan business tu...ye la dulu kerja...sibuk dgn kerja....x dan nk upload gmbr2, promote....nama lg business no9 so kena slalu mengadap...sejak jd surirumah ni aku kembali dgn business on9 tu...mcm biasa CADAR...CADAR...CADAR....SALES..SALES...tp br je mula blk...kena add ramai friends...tags...share ape2 product & activity....clueless jgk la..tak de idea...otak mcm dh karat....utk business ni aku ade update dkt fb & blog....
Ini merupakan banner utk blog twinkle twin's shoppe...cantik x? Jenuh jgk la nk membuatnya....bg mereka yg pakar IT atau yg mmg dh biasa buat benda2 canggi ni mmg sekejap je la...bak kata org dihujung jari sahaja...
Iniah product yg aku jual.....actually aku join dropshipping....productnya ada byk...yg sempat aku upload & promote cadar....so aku br mula la kiranya...slow2...join dropshipping dgn Pn Zarini ni byk kelebihan...byk tip & pengetahuan ttg business dropshipping dan on9...aku jgk dpt tip bagaimana untuk mendptkan pendptan yg lebih berkat disamping tu blh jgk belajar hal2 agama....yg selama ni kita x penah amalkan atau jarang amalkan..byk la tip2 yg berguna aku dpt....jadi sudi2kan lah jengok di http://www.facebook.com/twinkletwins.shoppe
Byk plk berceloteh kali ni....eeemmmm.....aku kena tidor skrg sbb esok kena bgn pg..kena msk utk bekalan ayahanda yg nk blk ke kg halaman....:)
Thursday, July 28, 2011
i'am back...
Dah lama rasanye x update...sampai lupa password...huhuhu...itu la tanda2 penuaan...kate hubby aku.
lip lap lip lap...dh hampir bulan puasa...sekejap je dh nk raya....
amacam...persiapan raya (bj raya la dh tempah ke?) dh byk buat ke....?
aku 60% dh tinggal bj anak2 dara je lum beli lg...
ok la...sebenarnye byk hal & citer nk share tp skarg dh jauh mlm....masa untuk tidur...
nnt kite citer lg....
Saturday, August 21, 2010
Kerinduan...keinsafan
Rabbani – Munajat
Tuhan… kubisikkan kerinduan
keinsafan… pengharapan…
Tuhan…kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku
Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku
Tuhan… kubisikkan kerinduan
Keinsafan… Pengharapan…
Tuhan…kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman
Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku
Tuhan… kubisikkan kerinduan
keinsafan… pengharapan…
Tuhan…kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan