Salam semua...
Hari ni aku nk share satu artikle yg aku baca berkenaan Gugurkah Tanggungjawab Suami Apabila Isteri Bekerja? Kadang-kadang si suami x sedar pun hal ni...leka..mereka rasa mereka buat betul, isteri rela...tetapi mereka tidak tau jauh disudut hati isteri tu bagaimana...benarkah rela? Walau bagaimanapun tidak semua suami-suami begini....bersyukur lah si isteri jika mendapat suami yg betul2 bertanggungjawab. Bagi isteri yg mendapat suami yg diperkatakan diatas...byk2 la berdoa 'semoga dilembutkanlah hatinya, pohon petunjuk dan hidayah agar berubah menjadi lebih bertanggungjawab dr segi memberi pendidikan agama utk isteri & anak2, nafkah utk isteri, makan minum anak2, perlindungan, keselamatan dan sebagainya...amin'..jom kita sama2 baca dan hayati....lepas tu muhasabah diri....
GUGURKAH TANGGUNGJAWAB SUAMI APABILA ISTERI BEKERJA
 
" Satu perkara yang memang telah diketahui
 umum malah oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah mereka yang 
bertanyakan soalan ini bahawa seorang suami adalah wajib menanggung 
segala perbelanjaan isterinya walaupun isterinya bekerja. Masalahnya 
ialah mereka yang mengetahui kebenaran ini enggan menerima kebenaran 
tersebut dan mangsanya adalah para isteri yang mengajukan soalan 
sebegini walaupun jawapannya telah mereka tahu dan hanya inginkan satu 
kepastian.
Islam malah agama lain juga menetapkan 
bahawa suami adalah sebagai ketua keluarga. Apabila disebut sebagai 
ketua maka jelas sudah bahawa seorang suami bertanggungjawab atas 
segalanya. Makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan segala 
yang terangkum sebagai satu keperluan bagi isteri dan juga satu perkara 
sampingan tetapi menjadi perkara utama apabila dilakukan demi suami 
tercinta seperti rawatan kecantikan dan solekan.
Malahan, sekiranya suami seorang yang 
mampu tetapi masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya 
menanggung segala kos ulang alik si isteri ketika bekerja. Segala 
pendapatan isteri pula adalah hak mutlak si isteri dan suami sekiranya 
berkehendakkan hasil pendapatan isteri bagi membantunya menanggung 
perbelanjaan rumah tangga, adalah dikira sebagai berhutang dengan si 
isteri. Cuma demi kerukunan rumah tangga malahan di dalam era 
globalisasi dan ketamadunan yang kian mencabar ini, memang satu bonus 
dan satu keperluan bagi sesetangah individu untuk si isteri bekerja bagi
 membantu meringankan tanggungan suami.
Membantu meringankan bebanan dan 
tanggungan suami bukan bererti suami terlepas daripada tanggungjawab. 
Bagi seorang lelaki yang betul-betul ada harga diri, beliau akan 
berusaha dengan sedaya upata bagi memenuhi segala keperluan isteri, 
anak-anak dan keperluan rumah tangga tanpa mengharapkan hasil pendapatan
 isteri.
Ingat lagi kisah seorang suami yang sanggup melakukan kerja sampingan bagi menyara
keluarga walaupun isterinya bekerja. Inilah lelaki sejati yang menghargai isteri.
Namun, berapa ramai lelaki yang sanggup melakukan sedemikian. 
Kebanyakkan lelaki sekarang ini, duit aku duit aku, duit isteri pun duit
 aku juga sebab aku ni suami, isteri kene ikut kata aku. Hmmmm.. memang 
boleh punah kebahagiaan rumah tangga individu sebegini.
Menyebut tentang hasil pendapatan 
isteri, ingin diingatkan para isteri yang bekerja, memang tak salah kita
 membantu meringankan beban suami tetapi jangan terlalu membiasakan 
suami kita dibantu sewenangnya. Hasil pendapatan kita adalah hak kita 
yang mutlak. Kita bebas membelanjakannya sewenangnya hatta nak beli 
barang kemas selori pun adalah tidak salah.
Cuma, secara logiknya, sudah tentulah 
kita ingin membantu suami kerana suami adalah insan yang kita cintai. 
Seperti yang ditegaskan, tidak salah membantu tetapi ada batasan. 
Walaupun tidak semua tetapi kebanyakkanya para suami yang sentiasa 
ditolong ini akan mudah lupa diri. Rasa bebas bernafas sikit, terus 
segala tugas yang patutnya dipikul oleh suami telah diserah bulat-bulat 
kepada isteri.
Suami pula, mula pasang strategi nak 
tubuh “cawangan” terkini. Satu perkara lagi, ingin diingatkan kepada 
para isteri, jangan sesekali menyerahkan segala hasil pendapatan kita 
kepada suami. Pendapatan kita itu adalah hak kita sepenuhnya.
Sekiranya ingin membantu, berikan 
sekadar yang perlu sahaja. Biasakan juga menyimpan segala resit 
perbelanjaan yang kita keluarkan bagi membantu suami menguruskan 
rumahtangga. Sebabnya, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi di 
belakang hari. Bukan meminta atau mendoakan tetapi tidak salah kita 
bersedia menghadapi segala kemungkinan.
Bak kata pepatah, sediakan payung 
sebelum hujan. Mungkin kita yakin kasih suami sepanjang hayat tetapi 
dalam sesaat,segalanya boleh berubah. Kebahagiaan 25 tahun hidup bersama
 boleh musnah sekelip mata hanya apabila wujud insan ketiga. Ini yang 
terjadi kepada seorang isteri. Setelah 25 tahun berkongsi dan berkorban 
segala, akhirnya beliau ditinggalkan sendiri bersama hati yang lara. 
Hanya anak-anak pengubat duka. Sesal dah tak berguna. Berbanding seorang
 kawan yang telah beringat-ingat sejak awal, hampir segala lelahnya 
dibayar apabila segala bukti pengorbananya yang tidak dihargai suami 
dikemukakan kepada pihak mahkamah. Lantas, beringatlah jangan dah 
terhantuk baru nak tergadah."
#copypaste#