Saturday, January 19, 2013

Gugurkah Tanggungjawab Suami Apabila Isteri Bekerja?

Salam semua...

Hari ni aku nk share satu artikle yg aku baca berkenaan Gugurkah Tanggungjawab Suami Apabila Isteri Bekerja? Kadang-kadang si suami x sedar pun hal ni...leka..mereka rasa mereka buat betul, isteri rela...tetapi mereka tidak tau jauh disudut hati isteri tu bagaimana...benarkah rela? Walau bagaimanapun tidak semua suami-suami begini....bersyukur lah si isteri jika mendapat suami yg betul2 bertanggungjawab. Bagi isteri yg mendapat suami yg diperkatakan diatas...byk2 la berdoa 'semoga dilembutkanlah hatinya, pohon petunjuk dan hidayah agar berubah menjadi lebih bertanggungjawab dr segi memberi pendidikan agama utk isteri & anak2, nafkah utk isteri, makan minum anak2, perlindungan, keselamatan dan sebagainya...amin'..jom kita sama2 baca dan hayati....lepas tu muhasabah diri....

GUGURKAH TANGGUNGJAWAB SUAMI APABILA ISTERI BEKERJA

" Satu perkara yang memang telah diketahui umum malah oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah mereka yang bertanyakan soalan ini bahawa seorang suami adalah wajib menanggung segala perbelanjaan isterinya walaupun isterinya bekerja. Masalahnya ialah mereka yang mengetahui kebenaran ini enggan menerima kebenaran tersebut dan mangsanya adalah para isteri yang mengajukan soalan sebegini walaupun jawapannya telah mereka tahu dan hanya inginkan satu kepastian.
Islam malah agama lain juga menetapkan bahawa suami adalah sebagai ketua keluarga. Apabila disebut sebagai ketua maka jelas sudah bahawa seorang suami bertanggungjawab atas segalanya. Makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan segala yang terangkum sebagai satu keperluan bagi isteri dan juga satu perkara sampingan tetapi menjadi perkara utama apabila dilakukan demi suami tercinta seperti rawatan kecantikan dan solekan.
Malahan, sekiranya suami seorang yang mampu tetapi masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya menanggung segala kos ulang alik si isteri ketika bekerja. Segala pendapatan isteri pula adalah hak mutlak si isteri dan suami sekiranya berkehendakkan hasil pendapatan isteri bagi membantunya menanggung perbelanjaan rumah tangga, adalah dikira sebagai berhutang dengan si isteri. Cuma demi kerukunan rumah tangga malahan di dalam era globalisasi dan ketamadunan yang kian mencabar ini, memang satu bonus dan satu keperluan bagi sesetangah individu untuk si isteri bekerja bagi membantu meringankan tanggungan suami.
Membantu meringankan bebanan dan tanggungan suami bukan bererti suami terlepas daripada tanggungjawab. Bagi seorang lelaki yang betul-betul ada harga diri, beliau akan berusaha dengan sedaya upata bagi memenuhi segala keperluan isteri, anak-anak dan keperluan rumah tangga tanpa mengharapkan hasil pendapatan isteri.
Ingat lagi kisah seorang suami yang sanggup melakukan kerja sampingan bagi menyara
keluarga walaupun isterinya bekerja. Inilah lelaki sejati yang menghargai isteri.
Namun, berapa ramai lelaki yang sanggup melakukan sedemikian. Kebanyakkan lelaki sekarang ini, duit aku duit aku, duit isteri pun duit aku juga sebab aku ni suami, isteri kene ikut kata aku. Hmmmm.. memang boleh punah kebahagiaan rumah tangga individu sebegini.
Menyebut tentang hasil pendapatan isteri, ingin diingatkan para isteri yang bekerja, memang tak salah kita membantu meringankan beban suami tetapi jangan terlalu membiasakan suami kita dibantu sewenangnya. Hasil pendapatan kita adalah hak kita yang mutlak. Kita bebas membelanjakannya sewenangnya hatta nak beli barang kemas selori pun adalah tidak salah.
Cuma, secara logiknya, sudah tentulah kita ingin membantu suami kerana suami adalah insan yang kita cintai. Seperti yang ditegaskan, tidak salah membantu tetapi ada batasan. Walaupun tidak semua tetapi kebanyakkanya para suami yang sentiasa ditolong ini akan mudah lupa diri. Rasa bebas bernafas sikit, terus segala tugas yang patutnya dipikul oleh suami telah diserah bulat-bulat kepada isteri.
Suami pula, mula pasang strategi nak tubuh “cawangan” terkini. Satu perkara lagi, ingin diingatkan kepada para isteri, jangan sesekali menyerahkan segala hasil pendapatan kita kepada suami. Pendapatan kita itu adalah hak kita sepenuhnya.
Sekiranya ingin membantu, berikan sekadar yang perlu sahaja. Biasakan juga menyimpan segala resit perbelanjaan yang kita keluarkan bagi membantu suami menguruskan rumahtangga. Sebabnya, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi di belakang hari. Bukan meminta atau mendoakan tetapi tidak salah kita bersedia menghadapi segala kemungkinan.
Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Mungkin kita yakin kasih suami sepanjang hayat tetapi dalam sesaat,segalanya boleh berubah. Kebahagiaan 25 tahun hidup bersama boleh musnah sekelip mata hanya apabila wujud insan ketiga. Ini yang terjadi kepada seorang isteri. Setelah 25 tahun berkongsi dan berkorban segala, akhirnya beliau ditinggalkan sendiri bersama hati yang lara. Hanya anak-anak pengubat duka. Sesal dah tak berguna. Berbanding seorang kawan yang telah beringat-ingat sejak awal, hampir segala lelahnya dibayar apabila segala bukti pengorbananya yang tidak dihargai suami dikemukakan kepada pihak mahkamah. Lantas, beringatlah jangan dah terhantuk baru nak tergadah."

#copypaste#

Thursday, January 17, 2013

BZ BERBISNESS...

Post sblum ni aku dh citer pasal join blk bisness on9...kali ni kira kesinambungannya la...
Sejak jd surirumah & bz berbisness kehidupan aku lain sikit..ye la...hal keja rumah dgn bisnes kena arrange betul2...plan ape perlu buat..ape yg priority...smua plan...

Tahun 2013 start la azam br aku...konon2 la...tp cuba utk berubah..dr segi ilmu agama...ambik tahu hal2 ilmu agama...nk jaga solat...cuba rajin2 buat solat sunat disamping memperbaiki solat wajib..anak2 plk aku kena bagi lebih perhatian...terutama abg yan (anak aku yg sulong tu)...thn 2012 sgt2 menurun pelajarannya...sedih aku...mb punca dr aku kut...thn lepas terlalu byk tekanan...apa lagi anak2 yg jd mangsa...kali ni mcmne tekanan pun aku cuba atasi...aku ni jenis x leh ditimpa masalah...otak aku automatik duk pkr x henti2 ligat...bila anak2 ganggu je mula la...terjerit terpekik...mcm histeria...x mau dh hidup cam tu malu dek jiran tetangga....dh brp thn duk sini br rs malu...kihkihkih...sengal....

Pasal bisnes on9...kelakar pun ade...aku ni jenis buta IT tp nk business on9...byk benda aku x tau...cth..fb..mcm ne nk share...ni yg terbaru..aku br tau mcmne nk share...haaha..org kata basic je tu...huhuhu...sblm ni cuma share biasa je...klik share pastu post...aku x penah tau yg kt share tu ade button utk select friends, group, page...ptt la slama ni dorg ckp "share je"..aku duk pikir share kt wall aku je...pastu "jgn tag"...bila aku share & x tag customer kurang tya..bila aku tag...ramai yg tya...rupanya aku salah faham & x tau...rs mcm BODOH nya aku ni...dh seminggu lebih duk busy ngan benda ni...rupanya ade cara senang....huahuahua....x pe itu la yg dinamakan duga, experience, ilmu....x tya & cuba maka x tau....
 
Sekarang aku nk tunjuk cover yg dh aku buat guna photo editor....software yg ade dlm PC ni PICASA...x tau la cantik ke tak tp sbb aku yg buat kira cantik la...& bangga sangat....hehehe...



Sunday, January 13, 2013

lama x update

salam..

dah lama rasanye x update...punya la lama sampai lupa user id & password..kelakar betul..puas dh try x boleh jgk..1 cara mcm  ne nk cari kena cari dkt email..oleh kerana pc rosak  under construction jd kena la tgk guna tab..huhu...

Dah 4 bulan lamanya aku jd surirumah sepenuh masa. Ramai org sekeliling rs hairan kenapa aku berhenti kerja. Eeemm ada la reason nye tu...malas nk cerita..tp aku doakan ex-bos aku berubah lebih professional, jujur, lebih ikhlas dan dilimpahi rezeki yg melimpah ruah...kita kena la doakan yg baik2 kan!!!

Sepanjang jd surirumah...ape aktiviti aku...mcm biasa...mcm surirumah lain juga...mengemas, lipat kain, memasak, hantar dn ambik twin dr sekolah tadika....bila settle br la mengadap fb..movie... Masa mula2 aku berhenti keje aktivi aku utk hiburkan hati....tgk RUNNING MAN...mesti ramai yg tau korean show kan...aku tgk dr episode 1 sehingga la yg latest....deabak....

Ingat tak sebelum ni aku ade cerita pasal business on9....eeeemmmm dh lama aku tggalkan business tu...ye la dulu kerja...sibuk dgn kerja....x dan nk upload gmbr2, promote....nama lg business no9 so kena slalu mengadap...sejak jd surirumah ni aku kembali dgn business on9 tu...mcm biasa CADAR...CADAR...CADAR....SALES..SALES...tp br je mula blk...kena add ramai friends...tags...share ape2 product & activity....clueless jgk la..tak de idea...otak mcm dh karat....utk business ni aku ade update dkt fb & blog....


banner di blog twinkle twin's shoppe

Ini merupakan banner utk blog twinkle twin's shoppe...cantik x? Jenuh jgk la nk membuatnya....bg mereka yg pakar IT atau yg mmg dh biasa buat benda2 canggi ni mmg sekejap je la...bak kata org dihujung jari sahaja...




Image copy dr facebook

Iniah product yg aku jual.....actually aku join dropshipping....productnya ada byk...yg sempat aku upload & promote cadar....so aku br mula la kiranya...slow2...join dropshipping dgn Pn Zarini ni byk kelebihan...byk tip & pengetahuan ttg business dropshipping dan on9...aku jgk dpt tip bagaimana untuk mendptkan pendptan yg lebih berkat disamping tu blh jgk belajar hal2 agama....yg selama ni kita x penah amalkan atau jarang amalkan..byk la tip2 yg berguna aku dpt....jadi sudi2kan lah jengok di http://www.facebook.com/twinkletwins.shoppe

Byk plk berceloteh kali ni....eeemmmm.....aku kena tidor skrg sbb esok kena bgn pg..kena msk utk bekalan ayahanda yg nk blk ke kg halaman....:)